Faktor Manusia?

Sunday, October 15, 2006

"Pernah dengar tentang 'Faktor Manusia'?"

Adam tidak terkejut melihat reaksi pelajar-pelajar di hadapannya, setiap daripada mereka berkerut dahi memikirkan tentang definasi dua perkataan yang akan menjadi topik mingguan selama 14 minggu nanti. Dia hanya tersenyum sebentar sebelum kembali menerangkan tentang topik tersebut.

"Faktor Manusia ataupun dalam bahasa Inggeris Human Factors adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji tentang apa jua pekerjaan manusia dan juga cara-cara untuk mengoptimasikan pekerjaan tersebut supaya menjadi lebih efisyen dan selamat."

Seorang pelajar yang duduk di barisan terhadapan mengangkat tangan kanannya, "Tak fahamlah Sir."

Adam tidak tersinggung dengan kata-kata jujur pelajarnya memandangkan tugasnya sebagai pensyarah adalah untuk memastikan pelajar-pelajarnya mendapat ilmu bermanfaat, tanpa hiraukan berapa lama diperlukan untuk matlamat itu tercapai. Dia terfikir sebentar sebelum menggunakan sebuah contoh untuk memudahkan pelajarnya memahami maksudnya.

"Begini, jikalau kita menyuruh seorang pemandu bas memandu selama 10 jam tanpa henti, apakah yang akan berlaku?"

Pelajar tadi menjawab, "Letihlah Sir, mana larat nak pandu 10 jam tanpa henti. Paling lama pun 2 jam lah."

Pelajar-pelajar lain yang mengisi tempat duduk di belakang pelajar itu mengangguk-angguk kepala tanda setuju.

Adam kemudian bersambung, "Ah, itu bermaksud awak secara tak langsung telah menganalisis pekerjaan pemandu tersebut, bermakna awak tahu dia tak mampu memandu selama 10 jam tanpa henti tanpa berasa letih malah awak juga mencadangkan tempoh maksima memandu adalah 2 jam sahaja. Itulah Faktor Manusia!"